Wednesday, February 23, 2011

Anta'a Hukuman aie mulanya...


...Bermula sesuatu Amal itu adalah dengan Niat. Niat adalah penting kerana setiap amalan yang di lakukan akan di ambil kira dengan niat .Kerana niat itu yang akan menjadi permulaan agar Allah pandang MAKSUD, FIKIR DAN MATLAMAT sesuatu amalan. Terjemahan Niat ialah Malaikat akan mencatit Maksud dari niat amalan yang di lakukan dan bermula Fikir ialah dari Niat ,Fikir itu adalah hidayah (rasul) dan Matlamat segala sesuatu juga bermula dari Niat. Kerana Matlamat itulah pengakhiran sesuatu amalan atau penentu hasil yang akan diperolehi amal yang di lakukan.

Dengan kata lain maka Niatlah yang menjadi penentu Maksud, menentukan Fikir dan menentukan Matlamat/Hasil. Beginilah sepertimana cara rasul-rasul dan orang-orang terdahulu melakukannya. Ini termasuklah niat menghukum kepada pesalah yang melakukan Jenayah, Maksiat dan sebagainya dalam menentukkan matlamat atau hasilnya...


Dalam Dunia Masyarakat KADAYAN dahulunya dipercayai pada awal kurun ke 17 lagi sewaktu masih mangamalkan sistem pertukaran atau System Barter,.. Melakukan kesalahan adalah berteraskan undang-undang dan hukuman-hukuman yang wajar diberikan  termasuklah soal jenayah, urusniaga, kekeluargaan, keterangan dan acara. Apa yang pernah diketahui Kesalahan melakukan Khalwat dengan yang bukan mukhrim dalam Masyarakat Kadayan akan di jatuhi hukuman menanam padi selama 3 musim di kawasan  empunya tuan tanah yakni di kawasan tanah keluarga anak gadis tersebut dengan pertuduhan dan majoriti persetujuan dari semua saksi yang sedia ada...

Persetujuan akan di bentuk melalui perundingan antara kedua belah pihak lelaki dan wanita... Apa yang terkandung dalam perundingan  ini antaranya adalah pihak wanita akan menyediakan Kawasan tanah yang luas sebagai kawasan penanaman Padi selain menyediakan SULAP atau JUNJUNG Padi ( Pondok ) sebagai tempat tinggal sementara kepada Pesalah..  (SULAP atau JUNJUNG padi yang diperbuat daripada pohon Kayu  yang berlantaikan buluh serta ber atap kan Daun Nipah) Manakala pihak lelaki pulak akan  menyediakan tenaga nya sendiri (Pesalah) dan kemahiran nya dalam penanaman padi serta berpengetahuan dalam bentuk pemburuan binatang... Selain dapat menghasilkan tanaman nya  yang subur dan baik... Setelah 3 musim tanaman padi ini berhasil maka Majlis perkahwinan mereka akan dilangsungkan.

(Sumbangan kisah dan fakta ini adalah dari En. Kamit Bin Yusop, Kpg Belimbing Lawas, Sarawak)






Dalam menentukkan matlamat atau hasil dari tindakan undang-undang atau hukuman seperti ini bukan saja menginsafkan atau rasa bersalah tertahad tertuduh tetapi membentuk moral yang baik malah ianya membina corak hidup yang boleh menjamin dan kejayaannya dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran..








Sejarah itu penting kerana dalilnya dalam fatehah ‘ sirotollazi na’an amta’alaihim’ iaitu lihat pada kejayaan orang terdahulu, agar lahir budaya ‘Budaya Hamba’ iaitu hamba Allah sesuai dengan maksud kita dijadikan.  Islam itu indah cantik maka perlu disebarkan dengan cara yang penuh hikmah dan fathonah iaitu kasih sayang dan lemah lembut. Begitu juga pada mengenali  Bangsa,.. Seperti mana Bangsa/Kaum KADAYAN yang Islam ini dan yang lain-lain nya,..Apakah sebab KAUM KADAYAN  ambil budaya sebagai seni, kerana ia penuh dengan kehalusan. Kerana bangsa melambangkan keunikkan sesuatu Budaya nya.. 

Mengikut kajian akan budaya dalam pangaruh Islam yang datang ke Kepulauan Nusantara yakni pada abad Pertama Hijriyyah bersamaan abad Ketujuh Masehi. Ini berasaskan dari laporan orang Cina dan penemuan kesan-kesan sejarah yang menunjukkan bahawa saudagar Arab Islam telah membuat penempatan dan menyebarkan Islam di Kedah dan Palembang. Begitu juga yang berlaku di Kawasan Sabah & Sarawak akan ajaran-ajaran islam yng dibawa melalui para Wali Allah sabagai contoh Imam Syarif Kedah..

Perkembangan Islam mula berlaku dengan pesat pada kelima belas Masehi melalui Empayar - empayar Kesultanan  Dalam masa yang singkat sahaja Islam telah tersebar ke seluruh Tanah Melayu, Pulau Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao.  Bermula Islam di Tanah Nusantara sepertimana kisah Tamim Habibul Ad Dari dan bersangkut paut apa yang berlaku di lembah ini. Atas perjalanan ‘Ashabul Kahfi’ yang bergabung. Gabungan yang telah melahirkan Tanah Nusantara ini adalah berteraskan Islam.


Atas Penyatuan, Tamim dengan Jin maka tersingkap rahsia dan terbuka jalan syahadah, Kisah ALAQ BATATAR,  Kisah PANTAK dengan JIN, Kisah AWANG SAMAUN dengan JIN, dan Kisah AWANG KAMARUDDIN dengan HAATNYA  lahirlah Tanah Bertuah ini dan disitulah Dunia nya… Begitu juga Bila bergabung antara ansar dan muhajirin  terbentuklah jemaah berteraskan satu Niat(hati) , Maksud , Fikir dan Matlamat.  Apa yang penting dalam penyatuan adalah kasih sayang yang melahirkan satu kefahaman. Ia melibatkan 1 pimpinan, 1 kefahaman, 1 pengamalan / pembelajaran terhadap ilmu dan 1 amal.

Kedatangan Islam ini bukan sahaja mengubah sosio-budaya dan pemikiran masyarakat tempatan bahkan juga telah membawa perubahan dari sudut perundangan dan pentadbiran.  Bukti sejarah menunjukkan bahawa undang-undang Islam telah pun di amalkan di Kepulauan Jawa dan Tanah Melayu sebelum datangnya penjajah Barat. Perlaksanaan ini melibatkan hukum-hukum Islam secara menyeluruh berkaitan dengan jenayah, urusniaga atau muamalah, kekeluargaan, prosedur dan keterangan. Kedudukan undang-undang Islam sebelum kedatangan penjajah British bukan sahaja diakui oleh ahli sejarah bahkan juga diiktiraf oleh Mahkamah.   Bagi Mahkamah ketika itu  telah membuat keputusan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang-undang tersebut. Penerimaan dan perlaksanaan undang-undang Islam juga jelas terbukti di dalam teks perundangan berkuatkuasa di semua tempat, Sebahagian besar kandungan undang-undang tersebut berasaskan undang-undang Islam dalam semua bidang termasuklah soal jenayah, urusniaga, kekeluargaan, keterangan dan acara. 



Selain itu di dalam Hukum yang lainnya ada juga terdapat peraturan keluarga Islam yang meliputi soal wali bagi perempuan, akad perkahwinan, perceraian dan fasakh. Bahkan di dalam undang-undang itu juga terdapat undang-undang keterangan dan acara yang berasaskan hukum Islam seperti kesaksian, sumpah, pengakuan, adab dan kelayakan hakim, prosedur mahkamah serta timbangtara atau sulh. Tegasnya Hukum ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa undang-undang Islam telah dilaksanakan.


Oleh kerana Empayar-empayar Kesultanan meliputi seluruh Tanah Nusantara ketika itu, maka pengaruh undang-undang Islam seperti yang terkandung dalam Hukum mula tersebar ke negeri-negeri lain nya. sebagai contoh  Undang-undang Pahang bertarikh 1596, Undang-undang Kedah bertarikh 1605, Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak dan Undang-undang Johor yang mula berkuatkuasa pada tahun 1789. Bagi negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak, walau pun tidak terdapat bukti wujudnya undang-undang bertulis berasaskan Islam, kesemua negeri ini berada di bawah pemerintahan Sultan yang menganut agama Islam.

Sehingga lah kedatangan penjajah British yang memperkenalkan undang-undang Inggeris bagi menggantikan undang-undang Islam. Cara penerimaan undang-undang Inggeris dan penghakisan undang-undang Islam adalah berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Perbezaan ini mengikut kategori negeri-negeri yang secara umumnya ia boleh di bahagikan kepada empat kategori iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta Sabah dan Sarawak.. Demikian ketika itu  Inggeris melantik pegawainya yang dikenali sebagai Penasihat bagi menguatkuasakan undang-undang Inggeris dalam semua urusan kecuali dalam urusan ‘hal ehwal agama’ dan adat istiadat. Bagi Sabah dan Sarawak, walau pun telah menerima pengaruh Inggeris seawal tahun tahun 1824 undang-undang Inggeris hanya diterima secara rasmi pada tahun 1951.  Akibatnya pengaruh perundangan Islam yang dilaksanakan oleh kedua-dua negeri ini melalui pemerintahan Sultan  mula terhakis. Sabah dan Sarawak menyebabkan undang-undang Islam tidak lagi diamalkan seperti sebelumnya. 

Undang-undang Inggeris ini diperkenalkan oleh British melalui  undang-undang bertulis iaitu dengan menguatkuasakan undang-undang baru yang bersumberkan undang-undang Inggeris seperti Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah, Kanun Acara Sivil, Enakmen Keterangan, Enakmen Kontrak dan Enakmen Tanah. Melalui keputusan para hakim yang kebanyakannya terdiri dari hakim-hakim British. Mereka membuat penghakiman berdasarkan prinsip Common Law Inggeris dan mewujudkan prinsip perundang. Akibat dari pengaruh Inggeris, undang-undang Islam hanya digunakan dalam urusan kekeluargaan, wakaf, pusaka dan kesalahan yang ada kaitan dengan keagamaan sahaja. 

Wednesday, November 24, 2010

Adat Babasuh Batis

Menurut perspektif bahasa ADAT ertinya: 
(1) aturan (perbuatan dsb) yang lazim dituruti atau dilakukan sejak dahulu kala; 
(2) cara (kelakuan dsb) yang sudah menjadi kebiasaan; 
(3) wujud nya gagasan kebudayaan yang terdiri dari atas nilai-nilai budaya, norma, hukum, dan aturan diantara satu dengan  lain yang berkaitan menjadi suatu sistem;  Sedangkan adat yang telah membentuk dan berjalan dalam waktu yang lama, serta dituruti secara turun temurun disebut "tradisi".

Adat yang benar dan dapat menjadi sumber hukum apabila ianya memenuhi tiga unsur: 
(1) tidak berlawanan dengan dalil yang tegas dari Al-Qur'an atau Hadis; 
(2) telah menjadi kebiasaan yang terus-menerus yang berlaku dalam suatu komuniti masyarakat; 
(3) atau menjadi kebiasaan masyarakat pada umumnya. 

Dalil yang menjadi dasar untuk menganggap adat sebagai sumber hukum ialah Al-Qur'an (Q.7.199) dan hadis dari Ibu Abbas yang ertinya "apabila yang dipandang baik bagi ummat Islam, maka pada sisi Allah juga baik". Di kalangan para ahli fikh (hukum Islam) berlaku kaidah Al sadatu muhkammah, artinya adat itu adalah hukum. 

Pada Masyarakat Kaum Kadayan yang majoritinya Islam di Utara Sarawak adat "Babasuh Batis" berfungsi sebagai aturan yang dituruti sejak dari dahulu kala,.." Babasuh Batis" atau mencuci kaki adalah  bertujuan agar tidak mendatangkan kekotoran dan penyakit yang boleh dibawa kedalam rumah atau rumah yang diduduni (kunjungi). Ini kerana majoriti orang-orang Kadayan yang terdahulunya bekerja di sawah padi yang berlumpur, dengan keadaan yang sedemikian lumpur dan miang sawah padi boleh menjadi bawaan dipersekitaran rumah yang mungkin membawa kekotoran dan penyakit.. secara ringkasnya kebersihan dan kemudahan pemeliharaan dalam rumah adalah perkara utama..

"Babasuh Batis" dengan menggunakan tempurung kelapa sebagai  penyedok air, Penyedok air yang diikat  dengan mengunakan batang kayu kulimpapa.. Aka tigis yang juga digunakan sebagai pengikat kayu yang menembusi bibir tempurung manakala tajau juga sebagai tempat menyimpan air lebih menampakkan ianya adalah  adat yang diwarisi dari turun temurun yang diamalkan..  Sehingga kini sebilangan Masyarakat Kadayan Penggunaan tempurung kelapa atau tajau tidak lagi diguna pakai cuma dengan mengunakan 'kitil aing' (cerek air) itu pun kerana pertimbangan kebersihan dan kemudahan pemeliharaan. 

Adat "Babasuh Batis" kini bukan saja pada mereka yang turun kesawah padi tetapi ianya juga sebagai adat  Dalam Perkahwinan Kaum Kadayan yang ianya dilakukan sebelum pengantin naik ke rumah, Atau tetamu yang berkunjung kerumah... Adat "Babasuh Batis" pada Kaum KADAYAN amat mengagumkan dari perspektif nilai-nilai budaya dan tradisinya kerana setiap yang diwarisi itu menyimpan begitu banyak nilai dan makna mendalam. Sungguh bangsa Kaum Kadayan ini kaya akan budaya yang pantas dipelihara dan dijunjung tinggi.


Friday, November 19, 2010

FARMSTAY JATI DIRI Kampung Gatas, Sibuti (Bekenu) Miri, Sarawak.

Pengenalan
Farmstay Jati Diri -.menyediakan package penginapan  kepada para pengunjung untuk bercuti atau menjalankan aktiviti riadah samada mangadakan lawatan, kem bina semangat, Coral diving dan Paramotor flying yang dianjurkan oleh kelab,Persatuan,Individu dan pihak swasta atau kerajaan. 

Farmstay Jati Diri meliputi 5 ekar lebih keluasan tanah dan mempunyai 3 buah  rumah yang mempunyai 2 buah bilik setiap sebuah rumah, Dalam setiap bilik keluasan dalaman adalah  20 x 30 kaki persegi termasuk kawasan dapur, Tandas dan Bilik mandi.  Farmstay ini dimiliki penuh dan diusahakan oleh seorang bumiputera tempatan.

Lokasi
Farmstay Jati Diri terletak di Kampung Gatas, Sibuti (Bekenu) Miri, Sarawak,.. Perjalanan untuk menuju ke tempat ini lebih kurang 35 minit perjalanan dari Bandar Miri.. Ia nya didirikan di atas anak bukit berhampiran dengan tepi pantai Kpg Gatas dan Kpg Peliau..

Kemudahan
Kemudahan asas jugak tersedia di kawasan farmstay antaranya Surau, Mini mart, Dewan serbaguna dan Padang Bola yang terletak  beberapa meter dari Rumah penginapan...
Bagi para pelajar yang ingin berkhemah di luar kawasan penginapan pihak pengurusan farmstay jugak menyediakan Khemah (Arabic Camps) untuk digunakan..







Sewaan
Bagi sebuah Challet - RM180.00 ( 2 bilik) RM100.00 ( 1 bilik) -semalam
Khemah - RM 30.00 semalam
Pengangkutan juga disediakan pergi dan balik dari Bandar Miri ke Farmstay/Farmstay ke Bandar Miri (tambang ikut kadar semasa.





Isian Challet
Isian Challet ini bersumberkan bahan semula jadi antaranya hamparan anyaman  tikar rotan, Dinding daripada buluh tebal yang sudah diawet, Pohon kayu nibung dan papan kayu baru-baru.  Ianya dihias sebigitu unik agar menampakkan rupa dan isian yang semulajadi..










Pantai Kpg Gatas


Pantai ini adalah antara kawasan yang sesuai untuk melakukan berbagai riadah termasuk sukan hari keluarga.