... Bermula sesuatu Amal itu adalah dengan Niat. Niat adalah penting kerana setiap amalan yang di lakukan akan di ambil kira dengan niat .Kerana niat itu yang akan menjadi permulaan agar Allah pandang MAKSUD, FIKIR DAN MATLAMAT sesuatu amalan. Terjemahan Niat ialah Malaikat akan mencatit Maksud dari niat amalan yang di lakukan dan bermula Fikir ialah dari Niat ,Fikir itu adalah hidayah (rasul) dan Matlamat segala sesuatu juga bermula dari Niat. Kerana Matlamat itulah pengakhiran sesuatu amalan atau penentu hasil yang akan diperolehi amal yang di lakukan.
Dengan kata lain maka Niatlah yang menjadi penentu Maksud, menentukan Fikir dan menentukan Matlamat/Hasil. Beginilah sepertimana cara rasul-rasul dan orang-orang terdahulu melakukannya. Ini termasuklah niat menghukum kepada pesalah yang melakukan Jenayah, Maksiat dan sebagainya dalam menentukkan matlamat atau hasilnya...
Dalam Dunia Masyarakat KADAYAN dahulunya dipercayai pada awal kurun ke 17 lagi sewaktu masih mangamalkan sistem pertukaran atau System Barter,.. Melakukan kesalahan adalah berteraskan undang-undang dan hukuman-hukuman yang wajar diberikan termasuklah soal jenayah, urusniaga, kekeluargaan, keterangan dan acara. Apa yang pernah diketahui Kesalahan melakukan Khalwat dengan yang bukan mukhrim dalam Masyarakat Kadayan akan di jatuhi hukuman menanam padi selama 3 musim di kawasan empunya tuan tanah yakni di kawasan tanah keluarga anak gadis tersebut dengan pertuduhan dan majoriti persetujuan dari semua saksi yang sedia ada...
Persetujuan akan di bentuk melalui perundingan antara kedua belah pihak lelaki dan wanita... Apa yang terkandung dalam perundingan ini antaranya adalah pihak wanita akan menyediakan Kawasan tanah yang luas sebagai kawasan penanaman Padi selain menyediakan SULAP atau JUNJUNG Padi ( Pondok ) sebagai tempat tinggal sementara kepada Pesalah.. (SULAP atau JUNJUNG padi yang diperbuat daripada pohon Kayu yang berlantaikan buluh serta ber atap kan Daun Nipah) Manakala pihak lelaki pulak akan menyediakan tenaga nya sendiri (Pesalah) dan kemahiran nya dalam penanaman padi serta berpengetahuan dalam bentuk pemburuan binatang... Selain dapat menghasilkan tanaman nya yang subur dan baik... Setelah 3 musim tanaman padi ini berhasil maka Majlis perkahwinan mereka akan dilangsungkan.
Dalam menentukkan matlamat atau hasil dari tindakan undang-undang atau hukuman seperti ini bukan saja menginsafkan atau rasa bersalah tertahad tertuduh tetapi membentuk moral yang baik malah ianya membina corak hidup yang boleh menjamin dan kejayaannya dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran..
Mengikut kajian akan budaya dalam pangaruh Islam yang datang ke Kepulauan Nusantara yakni pada abad Pertama Hijriyyah bersamaan abad Ketujuh Masehi. Ini berasaskan dari laporan orang Cina dan penemuan kesan-kesan sejarah yang menunjukkan bahawa saudagar Arab Islam telah membuat penempatan dan menyebarkan Islam di Kedah dan Palembang. Begitu juga yang berlaku di Kawasan Sabah & Sarawak akan ajaran-ajaran islam yng dibawa melalui para Wali Allah sabagai contoh Imam Syarif Kedah..
Perkembangan Islam mula berlaku dengan pesat pada kelima belas Masehi melalui Empayar - empayar Kesultanan Dalam masa yang singkat sahaja Islam telah tersebar ke seluruh Tanah Melayu, Pulau Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Bermula Islam di Tanah Nusantara sepertimana kisah Tamim Habibul Ad Dari dan bersangkut paut apa yang berlaku di lembah ini. Atas perjalanan ‘Ashabul Kahfi’ yang bergabung. Gabungan yang telah melahirkan Tanah Nusantara ini adalah berteraskan Islam.
Atas Penyatuan, Tamim dengan Jin maka tersingkap rahsia dan terbuka jalan syahadah, Kisah ALAQ BATATAR, Kisah PANTAK dengan JIN, Kisah AWANG SAMAUN dengan JIN, dan Kisah AWANG KAMARUDDIN dengan HAATNYA lahirlah Tanah Bertuah ini dan disitulah Dunia nya… Begitu juga Bila bergabung antara ansar dan muhajirin terbentuklah jemaah berteraskan satu Niat(hati) , Maksud , Fikir dan Matlamat. Apa yang penting dalam penyatuan adalah kasih sayang yang melahirkan satu kefahaman. Ia melibatkan 1 pimpinan, 1 kefahaman, 1 pengamalan / pembelajaran terhadap ilmu dan 1 amal.
Kedatangan Islam ini bukan sahaja mengubah sosio-budaya dan pemikiran masyarakat tempatan bahkan juga telah membawa perubahan dari sudut perundangan dan pentadbiran. Bukti sejarah menunjukkan bahawa undang-undang Islam telah pun di amalkan di Kepulauan Jawa dan Tanah Melayu sebelum datangnya penjajah Barat. Perlaksanaan ini melibatkan hukum-hukum Islam secara menyeluruh berkaitan dengan jenayah, urusniaga atau muamalah, kekeluargaan, prosedur dan keterangan. Kedudukan undang-undang Islam sebelum kedatangan penjajah British bukan sahaja diakui oleh ahli sejarah bahkan juga diiktiraf oleh Mahkamah. Bagi Mahkamah ketika itu telah membuat keputusan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang-undang tersebut. Penerimaan dan perlaksanaan undang-undang Islam juga jelas terbukti di dalam teks perundangan berkuatkuasa di semua tempat, Sebahagian besar kandungan undang-undang tersebut berasaskan undang-undang Islam dalam semua bidang termasuklah soal jenayah, urusniaga, kekeluargaan, keterangan dan acara.
Selain itu di dalam Hukum yang lainnya ada juga terdapat peraturan keluarga Islam yang meliputi soal wali bagi perempuan, akad perkahwinan, perceraian dan fasakh. Bahkan di dalam undang-undang itu juga terdapat undang-undang keterangan dan acara yang berasaskan hukum Islam seperti kesaksian, sumpah, pengakuan, adab dan kelayakan hakim, prosedur mahkamah serta timbangtara atau sulh. Tegasnya Hukum ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa undang-undang Islam telah dilaksanakan.
Oleh kerana Empayar-empayar Kesultanan meliputi seluruh Tanah Nusantara ketika itu, maka pengaruh undang-undang Islam seperti yang terkandung dalam Hukum mula tersebar ke negeri-negeri lain nya. sebagai contoh Undang-undang Pahang bertarikh 1596, Undang-undang Kedah bertarikh 1605, Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak dan Undang-undang Johor yang mula berkuatkuasa pada tahun 1789. Bagi negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak, walau pun tidak terdapat bukti wujudnya undang-undang bertulis berasaskan Islam, kesemua negeri ini berada di bawah pemerintahan Sultan yang menganut agama Islam.
Sehingga lah kedatangan penjajah British yang memperkenalkan undang-undang Inggeris bagi menggantikan undang-undang Islam. Cara penerimaan undang-undang Inggeris dan penghakisan undang-undang Islam adalah berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Perbezaan ini mengikut kategori negeri-negeri yang secara umumnya ia boleh di bahagikan kepada empat kategori iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta Sabah dan Sarawak.. Demikian ketika itu Inggeris melantik pegawainya yang dikenali sebagai Penasihat bagi menguatkuasakan undang-undang Inggeris dalam semua urusan kecuali dalam urusan ‘hal ehwal agama’ dan adat istiadat. Bagi Sabah dan Sarawak, walau pun telah menerima pengaruh Inggeris seawal tahun tahun 1824 undang-undang Inggeris hanya diterima secara rasmi pada tahun 1951. Akibatnya pengaruh perundangan Islam yang dilaksanakan oleh kedua-dua negeri ini melalui pemerintahan Sultan mula terhakis. Sabah dan Sarawak menyebabkan undang-undang Islam tidak lagi diamalkan seperti sebelumnya.
Undang-undang Inggeris ini diperkenalkan oleh British melalui undang-undang bertulis iaitu dengan menguatkuasakan undang-undang baru yang bersumberkan undang-undang Inggeris seperti Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah, Kanun Acara Sivil, Enakmen Keterangan, Enakmen Kontrak dan Enakmen Tanah. Melalui keputusan para hakim yang kebanyakannya terdiri dari hakim-hakim British. Mereka membuat penghakiman berdasarkan prinsip Common Law Inggeris dan mewujudkan prinsip perundang. Akibat dari pengaruh Inggeris, undang-undang Islam hanya digunakan dalam urusan kekeluargaan, wakaf, pusaka dan kesalahan yang ada kaitan dengan keagamaan sahaja.