Menurut perspektif bahasa ADAT ertinya:
(1) aturan (perbuatan dsb) yang lazim dituruti atau dilakukan sejak dahulu kala;
(2) cara (kelakuan dsb) yang sudah menjadi kebiasaan;
(3) wujud nya gagasan kebudayaan yang terdiri dari atas nilai-nilai budaya, norma, hukum, dan aturan diantara satu dengan lain yang berkaitan menjadi suatu sistem; Sedangkan adat yang telah membentuk dan berjalan dalam waktu yang lama, serta dituruti secara turun temurun disebut "tradisi".
Adat yang benar dan dapat menjadi sumber hukum apabila ianya memenuhi tiga unsur:
(1) tidak berlawanan dengan dalil yang tegas dari Al-Qur'an atau Hadis;
(2) telah menjadi kebiasaan yang terus-menerus yang berlaku dalam suatu komuniti masyarakat;
(3) atau menjadi kebiasaan masyarakat pada umumnya.
Dalil yang menjadi dasar untuk menganggap adat sebagai sumber hukum ialah Al-Qur'an (Q.7.199) dan hadis dari Ibu Abbas yang ertinya "apabila yang dipandang baik bagi ummat Islam, maka pada sisi Allah juga baik". Di kalangan para ahli fikh (hukum Islam) berlaku kaidah Al sadatu muhkammah, artinya adat itu adalah hukum.
Pada Masyarakat Kaum Kadayan yang majoritinya Islam di Utara Sarawak adat "Babasuh Batis" berfungsi sebagai aturan yang dituruti sejak dari dahulu kala,.." Babasuh Batis" atau mencuci kaki adalah bertujuan agar tidak mendatangkan kekotoran dan penyakit yang boleh dibawa kedalam rumah atau rumah yang diduduni (kunjungi). Ini kerana majoriti orang-orang Kadayan yang terdahulunya bekerja di sawah padi yang berlumpur, dengan keadaan yang sedemikian lumpur dan miang sawah padi boleh menjadi bawaan dipersekitaran rumah yang mungkin membawa kekotoran dan penyakit.. secara ringkasnya kebersihan dan kemudahan pemeliharaan dalam rumah adalah perkara utama..
"Babasuh Batis" dengan menggunakan tempurung kelapa sebagai penyedok air, Penyedok air yang diikat dengan mengunakan batang kayu kulimpapa.. Aka tigis yang juga digunakan sebagai pengikat kayu yang menembusi bibir tempurung manakala tajau juga sebagai tempat menyimpan air lebih menampakkan ianya adalah adat yang diwarisi dari turun temurun yang diamalkan.. Sehingga kini sebilangan Masyarakat Kadayan Penggunaan tempurung kelapa atau tajau tidak lagi diguna pakai cuma dengan mengunakan 'kitil aing' (cerek air) itu pun kerana pertimbangan kebersihan dan kemudahan pemeliharaan.
Adat "Babasuh Batis" kini bukan saja pada mereka yang turun kesawah padi tetapi ianya juga sebagai adat Dalam Perkahwinan Kaum Kadayan yang ianya dilakukan sebelum pengantin naik ke rumah, Atau tetamu yang berkunjung kerumah... Adat "Babasuh Batis" pada Kaum KADAYAN amat mengagumkan dari perspektif nilai-nilai budaya dan tradisinya kerana setiap yang diwarisi itu menyimpan begitu banyak nilai dan makna mendalam. Sungguh bangsa Kaum Kadayan ini kaya akan budaya yang pantas dipelihara dan dijunjung tinggi.