![]() |
Mukun atau bamukun @ bagandang merupakan alat hiburan atau sebuah muzik yang direka oleh masyarakat KADAYAN di tanah Borneo sejak berkurun lama,. Bermukun di laksanakan ketika majlis keramaian sedang berjalan terutamanya diwaktu malam, yakni ketika majlis bapaca dan bausah (berinai dan memasak). Malam bapaca adalah merupakan antara salah satu adat perkahwinan yang masih lagi wujud dan di amalkan sehingga kini bagi masyarakat KADAYAN khasnya.
Acara bermukun adalah seiring dengan pantun dan irama gendang yang dipalu. Pemukun yang terdiri dari kaum wanita akan memulai pantun yang akan di jual kepada pemantun lelaki, Antara pantun yang sering diutarakan antaranya adalah pantun nasihat, pantun resam kehidupan dan serbaneka pantun.. Semakin rancak pemukun berpantun semakin rancak pantun dijawab dan semakin terhibur pula pendengarnya. Alat bamukun ini diperbuat dari kulit kambing dan kayu bulian yang berdiameter 200mm. Sehingga ini, tidak ramai yang mengenali atau mengetahui cara-cara bermukun apatah lagi mendengar bunyi gendang Mukun. Secara majoritinya bermukun di minati oleh orang tua-tua dan permainan ini juga dilakukan oleh mereka berbanding kalangan muda-mudinya. Sungguhpun demikian bermukun juga amat di minati dikalangan pemuda dan pemudi yang tinggal diluar bandar atau didaerah utara Sarawak. Begitu jugak kaum-kaum lainnya amat gemar menonton dan mendengar acara bermukun ini.
Mengikut keterangan orang tua-tua yang ditemui diUtara Sarawak dan sempadan Sabah bermukun amatlah kurang diketahui atau dipelajari oleh kalangan muda mudi dewasa ini,. Bermukun adalah merupakan salah satunya tradisi yang perlu di warisi dan amat memerlukan pelapis muda dalam menyambung tradisi yang mampu pupus jika tiada usaha untuk meneruskan permainan muzik tradisional ini. Bermukun mampu menjana pendapatan yang lumayan selain dapat mewakilkan diri dari satu daerah ke satu daerah untuk bermukun. Bermukun bukan saja dapat menghibur tapi mampu mengeratkan sirraturahim di kalangan kaum di mana saja mereka berada malah boleh memertabatkan lagi sehingga keperingkat dunia dalam usaha memperkenalkan dan mengembangkan seni bermukun. Keindahan seni bermukun setanding kugiran masa kini.
No comments:
Post a Comment