Thursday, November 4, 2010

TUMANG KAWAH






















Dalam kehidupan kaum KADAYAN dahulunya sepertimana kaum lain di Malaysia amnya, Aktiviti membuat kenduri juga dibuat dengan seadanya, Dalam memenuhi keperluan tersebut peralatan adalah penting untuk penyediaan selain menampakan keberhasilan sesebuah aktiviti itu terlaksana dengan jayanya. Kenduri atau dikenali sebagai makan-makan dalam bahasa Kadayan.. Ianya seringkali dipersoalkan dikalangan keluarga yang terlibat dalam menyediakan kenduri. Antaranya adalah persediaan terhadap "TUMANG KAWAH"  dalam proses penyediaan masakan.

TUMANG atau dikenali sebagai tungku adalah dari sejenis Kayu Bangkal yang mudah didapati di kawasan hutan Borneo.. TUMANG bersaiz 80mm berfungsi sebagai alat pemegang kawah yang berdiameter 500mm dan mampu menampung kepanasan dan isipadu kawah yang bakal digunakan kelak. Tembusan TUMANG kedalam tanah sekurang-kurangnya  sedalam 1 kaki bagi tujuan mempertahankan kuda-kudanya. TUMANG juga hendaklah sama paras diantara satu sama yang lain untuk meratakan keadaan permukaan kawah. Sebagai pengunaan alat memasak dengan Kawah, TUMANG hendaklah yang masih baru dan tidak kering bagi tujuan menahan dari kepanasan api.

KAWAH yang diperbuat daripada Besi 'Colt Brass' berfungsi sepenuhnya dalam memenuhi keperluan alat memasak samada Nasi, Daging atau air..Dahulu kala Pengunaan KAWAH dalam mananak Nasi mampu menghidang secukupnya kepada para jemputan. Kemahiran dalam hal sukatannya adalah langkah yang amat perlu demi  mengelak pembaziran dan ketidak cukupan dalam menyediakan tanakan nasi., Mengikut jumlah sukatan, satu KAWAH ini mampu mengisi 10 kilo beras, ianya untuk 100 orang  keatas,.  Manakala sukatan airnya adalah mengikut garisan ke 3 dari atas atau dari bawah garisan yang ke 7,... Kayu api dari jenis Kayu getah atau kayu bakau yg sudah kering dan di belah sebagai diantara bahan pembakaran yang diperlukan,.

NYIU atau BAYUNG digunakan dalam proses pembersihan kepada beras yang bakal di masak,.Bagi Kaum KADAYAN menampi beras dan 'malangisi atah' (memilih beras) adalah perlu dan selalunya dilaksanakan oleh Kaum Wanita atau Ibu-ibu secara bergotong royong sebelum proses menanak dilakukan.

GAGAWI adalah alat yang diperlukan untuk mengacau bila nasi sudah mendidih ,.Pengawalan Api amatlah penting dalam menentukan keenakan Nasi yang telah di masak antaranya mengurangkan nyalaan Api ketika nasi yang ditanak sedang dalam keadaan mendidih. Kemudian untuk menutup permukaan KAWAH maka Daun Pisang atau Guni Beras yang dibasahi  juga amat berguna semasa proses pemejalwapan.. Tujuan supaya Nasi tersebut masak dengan ratanya dan mengelak kemasukan abu yang berterbangan.. Bagi setengahnya beberapa biji Tempurung Kelapa atau Kayu Api juga diguna pakai dan diletak diatas daun pisang tujuan mengelakan supaya  Daun Pisang tersebut tidak jatuh dari kawah semasa pendidihan berlaku.

Bila wap Nasi sudah hampir perlahan, ia menandakan bahawa Nasi tersebut sudah pun masak maka  dapatlah ianya di senduk mengunakan Gagawi atau piring dan di simpan ke atas talam sebagai hidangan..Amatlah penting bara api yang masih menyala perlulah di padamkan sepenuhnya untuk mengelak berlakunya ketebalan Kerak Nasi yang melekat dalam Kawah. 

No comments:

Post a Comment