Thursday, November 4, 2010

BINTUO






















''tak kali mun tun, titian tasaga saga, pinto dangan bajuntun juntu, pinto ku nganya yg kana haga"...Baakat laillah... Antara pitua yang dibaca ketika menahan Bintuo di pinggir sungai... Pitua berbentuk pantun sekali-sekala "selulu" (menjadi) jugak pada hemat  saya,.. sebabnya Pitua adalah lumrah manusia yang hidup dengan alam semulajadi... Pitua sepertimana memulakan langkah kanan sebelum melangkah keluar rumah adalah pitua semasa zaman Nabi lagi. 

Bintuo Tradisional sepertimana gambar diatas adalah alat memerangkap Ketam Bakau atau Katam Kalok yang sering digunakan oleh Masyarakat KADAYAN dalam menjana pendapatan mereka selain sebagai Lauk pauk harian. Bintuo tradisional ini diperbuat dari batang rotan, dibentuk segi empat dan diikat dengan anyaman pukat sekelilingnya, Ia juga mempunyai pelampung yang diikat dengan tali sepanjang 4-5 kaki sebgai penanda.  Untuk mendapat tangkapan yang baik dan perolehan yang banyak ia bergantung pada kesesuaian umpannya. Contoh : ikan utik, ketam haama, Ikan pari yang sudah dipotong-potong halus. Lebih banyak Bintuo di pasang lebih banyak olehan yang dapat.

Perkembangan rekaan yang berbagai bentuk untuk tujuan memerangkap ketam Bakau amat banyak di pasaran kini, begitu jugak pada bentuk Bintuo sekarang ini yang  ratanya diperbuat dari bahan besi yang mudah dilipat dan dibawa menjadikan Bintuo tradisional jauh ketinggalan. Beza antara Bintuo awal dan terkini terletak pada bentuknya dan kemudahan angkutan yang lebih ringan  berbanding yang terawal. Jika dahulu Bintuo Ketam dapat memuatkan sekurangnya-kurangnya 10 buah bintuo bagi setiap perahu berbanding Bintuo yang diperbuat dari bahan besi boleh memuatkan lebih dari 20 bintuo bagi setiap perahu..

No comments:

Post a Comment