Thursday, November 4, 2010

MAWAJIT



































































Pembuatan makanan WAJIT atau wajik serupa dengan KALUPIS cuma wajit di diadun penuh dengan santan kelapa dan digaul pula bersama Gula yang sudah ditanak menjadi kemerah-merahan manakala KALUPIS cuma ditanak dengan santan kelapa yang kemudiannya dikukus. Daun NYIK bagi bahan pembungkusan wajit adalah lebih kecil berbanding Daun Kalupis yang bersaiz dua kali ganda saiz wajit,.. Wajit dan Kelupis lazimnya dibuat bersama, Adanya Kalupis distu adanya wajit..

Penyediaan makanan wajit selalunya mendatangkan ketidak puasan kerana menanak gula wajit seringkali menjadi hangus yang boleh merubah rasa wajit sebenar. Untuk mendapatkan rasa yang enak untuk suatu wajit , perkara utama adalah cara pengawalan apinya yang diikuti dengan gaulan yang rata...

Wajit bagi Kaum Kadayan dahulunya merupakan buah tangan untuk majlis pertunangan samada pihak lelaki atau pihak perempuan.. Ianya jugak sebagai antara bekalan makanan bila pergi berburu atau mencari hasil hutan yang memakan masa berhari-hari lamanya..  

No comments:

Post a Comment