Thursday, November 4, 2010

PIKULAN





















Pikulan atau Dacing adalah antara alat penting yang sering digunakan ketika jualan diantara pembeli berlangsung,.. Pikulan dalam kehidupan Masyarakat dahulunya merupakan perkara sinonim dalam aktiviti jual beli dikalangan kaum Cina. Dahulu kala tanpa pikulan ini, dengan hasil sumber yang didapati mungkin segala-galanya yang mendatangkan dan membentuk wang ringgit sebagai perbelanjaan.

Bagi Masyarakat KADAYAN dahulunya mengunakan pikulan ini merupakan salah satu cara untuk mendatangkan bentuk wang ringgit sebagai menampung perbelanjaan dengan menjual sumber padi beras, getah, haiwan ternakan, hasil tangkapan ikan dan tanaman kontan. Sukatan pikulan ini bergantung penuh kepada hasil berat yang di timbang..

"Hook" yang terdapat pada hujung Pikulan tersebut digunakan bila melibatkan barangan yang diikat contohnya Ayam yang telah diikat di kedua belah kakinya manakala pingan tembaganya tidak digunakan untuk mendapatkan beratnya. Penyangkut jari yang terdapat pada batang pikulan tersebut pula akan berfungsi sebagai pengerak batu pikul bagi mendapatkan jumlah berat yang akan di kira. Proses pengiraan adalah bergantung dari hasil berat pikulan yang telah ditandakan pada Batang Pikulan tersebut. Sehingga sekarang pikulan yang ada ini tidak lagi diguna pakai kerana pengiraan lama telah ditukar kepada pengiraan baru dan ianya lebih systematik berbanding pikulan.

No comments:

Post a Comment