Thursday, November 4, 2010

PANTAK






















PANTAK API atau POLONG Api adalah perbuatan sihir yang dilakukan oleh Manusia dengan cara perbuatan menyeru terhadap Makluk Jin demi melaksanakan kemahuan si pembuat dengan kebenaran dari bacaan mentera yang dipelajarinya.. Dalam Masyarakat Kadayan PANTAK bukanlah asing malah ianya dikenali sebagai bahan penuju yang boleh meragut nyawa seseorang/individu.  Isian PANTAK yang penuh dengan kandungan bisa racun antaranya adalah Jarum, kuku, Miang Buluh, Nanah, Kaca, Rambut dan banyak lagi yang terkandung dan diisi kedalam sebiji telur ayam kampung sebagai  bahan yang mampu membentuk racun dan bila terkena percikan dari pecahan telur tersebut maka bisa yang menyerap mulai melemahkan  dan terus mati .

Penyediaan Pantak diperbuat dari sumber tumbuhan alam semulajadi antaranya pemilihan dari helaian daun TA'AP yang sudah kering dan semasa jatuhnya daun tersebut yang seakan melayang-layang maka dari situlah bermulanya seruan mentera  kepada makhluk Jin, supaya menjaga dan menerbangkan daun tersebut sepertimana kehendak tuannya. Apabila Daun TA"AP sudah mampu dikawal oleh Makluk Jin maka mudahlah si pembuat Pantak memangkah daun tersebut dengan mengunakan Kapur sebagai tanda bahawa ianya kepunyaan/milik sipembuat pantak dan diberi nama seperti Pantak Hijau, Kalas, Miah dan sebagainya.

Mengikut keterangan Sipembuat Pantak yang ditemui,  Dahulunya PANTAK API sebenarnya bukanlah  bertujuan untuk mengenakan golongan Manusia,, Tetapi ianya di gunakan untuk membakar tebasan hutan belukar bagi tujuan berpadi  yang boleh membentuk kawasan  tanaman tanah sawah yang luas,... PANTAK di gunakan bagi tujuan mangawal Api yang sedang membakar supaya Api tidak merebak ke kawasan  lain nya,....Dahulunya bila bersawah padi ianya akan melibatkan seluas puluhan ekar untuk diusahakan,. Jika pembakaran api melibatkan 5-6 keluarga masih belum mampu untuk mengawal api yang sedang membakar dikawasan tebasan. Maka dengan cara mengunakan PANTAK ini adalah amat sesuai bagi mengawal dan membantu para pesawah meneruskan usaha membuka kawasan tanaman padi..

Hayat Pantak yang diseru hanya wujud setelah Matahari tengelam diufuk dan akan bertahan sehingga matahari terbit dikeesokan harinya... sesetengah pihak yang mahir dalam selok belok Pantak dapat mematikan nya dengan cara menusukkan runcing Buluh kebumi (Pasak Bumi) dari jenis batang Buluh yang melingkar di kawasan tumbuhannya..


Mengikut kepercayaan dan cerita orang tua-tua terdahulu PANTAK sudah pun wujud sebelum tamadun Islam bertapak di tanah Nusantara. Maka tidak heranlah ketika itu berbagai kepercayaan menjadi pegangan cara hidup. Sungguhpun ajaran Islam pada waktu itu sudah pun disebarkan dengan meluasnya dari para kiyai atau para ulama namun masih ada walaupun sedikit individu yang masih mengamalkan kepercayaan kuno ini..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment