KULAT HALANG atau Kulat helang.. Adalah sejenis kulat yang tumbuh pada pokok getah yang sudah kering dan basah..Ia jugak mengandungi Racun spora yang menakutkan kebanyakan spesis binatang kerana ianya mengandungi bau yang kurang enak.
KULAT HALANG ini amat berguna dan dipraktikan oleh Masyarakat Kadayan untuk menakutkan Burung Helang supaya tidak menyambar anak-anak ayam kampung yang berkeliaran dikawasan ternakan,.... Dengan cara mengantung kulat ini pada sebatang kayu ianya boleh menakutkan Burung Helang menghampiri kawasan ternakan. Pitua ini masih digunakan dari sejak zaman dahulu lagi, dikebanyakan tempat Kaum Kadayan yang tinggal di kawasan-kawasan kampung atau di Kawasan Padi memang menjadi lumrah memelihara ayam sebagai ternakan.. Namun demikian berbagai usaha dilakukan untuk melindungi ternakan mereka yang sering diganggu.
No comments:
Post a Comment