Thursday, November 4, 2010

NYULUH PAYAU @ MAMAYAU






















"Mamayau atau manyuluh hiupan" membawa makna memburu binatang dihutan yang tebal sebagai hasil buruan yang dijadikan makanan. Memburu binatang adalah antara aktiviti Masyarakat Kadayan yang masih diwarisi sehingga kini samada mengunakan senapang atau alat perangkap lain yang dibuat secara tradisional.  Langkah sebelum pergi memburu, pitua "Ta'atib (tertib) adalah perkara yang harus dijaga semasa berburu sebab dikhuatiri ianya tidak akan mendapat apa pun hasil buruan kelak dan di khuatiri jugak tidak akan menemui Jalan "Mulih" (balik) semasa berburu.  Pemburuan yang memakan masa lebih kurang 2 hari 1 malam atau lebih dari itu terletak kepada hasil "tilipan" seorang pemburu. Kemahiran ini bergantung kepada tumpuan si pemburu dalam menjejak samada melalui deria bau atau tapak. 





No comments:

Post a Comment