Tuesday, November 2, 2010

TAPIGAN @ IGAN






















TAPIGAN @ IGAN ini adalah Alat pengalas Tradisional untuk mengetam/menuai Padi bagi Kaum KADAYAN di kawasan Utara Sarawak.

Di sekitar Daerah Limbang dan Lawas Sarawak pada awal tahun 1970an petani yang bertanam Padi di waktu itu masih lagi mengamalkan penanaman Padi secara tradisional. Menurut petani disitu TAPIGAN amat meluas digunakan semasa aktivit mengetam Padi, perkataan TAPIGAN adalah berasal dari perkataan SINGAN/PENYINGANAN (Had Sukatan) Ianya diperbuat daripada Kulit Buluh atau Daun Mengkuang atau Kulit Bamban dan di bentuk seperti Bakul dan di anyam dengan begitu cantik lagi kreatif manakala bingkainya pula diperbuat daripada Rotan yg sudah dibelah kering.

Pengunaan alat ini diletak/diikat dibahagian Pinggang Badan bagi memudahkan penyimpanan penuaian padi yang sudah masak. Ia amat sesuai di gunakan kerana saiznya yg sederhana besar dan ringan bagi membuat penuaian mengikut lorong-lorong padi yg telah disediakan. Ia juga berfungsi sebagai pengalas sementara sebelum memuatkannya ke sebuah pengalas yang lebih besar muatanya yg dikenali sebagai TAKIDING. 

Kaum KADAYAN yang tinggal di kawasan Sipitang & Sindumin (Sabah) termasuk di bahagian Sarawak (Miri,Limbang, Lawas & Merapok) jugak bagi Negara Brunei Darussalam jugak mengenalinya sebagai BASUNG/SUNGKAT/TAYAN.

No comments:

Post a Comment