Thursday, November 4, 2010

TAPAI NASI






















Lazimnya masyarakat KADAYAN juga mempunyai makanan atau kuih-muih tradisional yang di usahakan oleh kaum wanita sebagai makanan spontan yang hanya dihidang kepada kaum keluarga sahaja..  Antaranya "TAPAI NASI" yang semakin hari semakin popular dikalangan warga tua dan muda sebagai makanan pencuci mulut selain sebagai penambah selera makan. 


Bahan untuk membuat Tapai Nasi ini mudah didapati dipasaran dengan harganya yang berpatutan. Proses membuat tapai nasi sama jugak seperti mana membuat Tapai Ubi,.. Cuma Tapai Nasi dibuat dengan bahan yang di kenali sebagai "LAUO" (Ragi) yang diperbuat daripada adunan campuran bahan seperti Halia, Lada Sula, Tepung Beras dan Gula.. Dengan sukatan yang menepati ini akan lebih nyaman dan enak dirasai dengan peraman yang mencukupi yakni lebih kurang peraman selama 12 jam. Semakin Lama diperam semakin manis rasanya tetapi tidak melebihi 2 hari. 


Tapai Nasi akan memberi kesan kealpaan bila makan terlalu banyak,.Mengikut Pitua mebuat tapai ini juga berhubung rapat dengan si pembuat, antaranya  kaum wanita tidak boleh membuat tapai nasi jika dalam keadaan Haid,. Ini kerana akan menyebabkab Tapai Nasi betukar warna kemerah-merahan dan rasanya pulak akan berubah masam.. Tapai Nasi dewasa ini mampu mendatangkan hasil jualan yang Lumayan jika diusahakan dengan sempurna..

No comments:

Post a Comment