Cucul dalam bahasa kadayan atau Pelita dalam bahasa melayunya adalah merupakan alat yang mengasilkan cahaya api dalam menerangi suasana yang gelap,. Pokok buluh balui adalah sesuai untuk rekaan sesebuah cucul dengan adanya pemasangan sumbu daripada kain terpakai atau tali guni yang dimasukan kedalamnya dan diisi pula dengan minyak tanah adalah cara untuk menghasilkannya.
BerCucul bagi masyarakat KADAYAN sekarang digunakan semasa menyambut kemeriahan suasana Hari Raya berbanding dahulu kala ianya digunakan ketika melalui jalan atau lorong yang gelap gelita,.. Dahulunya Cucul juga digunakan sebagai alat Lampu dalam rumah kediaman selain digunakan untuk menerangi persekitaran serambi rumah yang berfungsi sepenuhnya menerangi keadaan yang gelap.
Tips untuk menjaga sumbu cucul yang telah dipadam ini supaya tidak "damal" ( basah) hasil tempiasan embun atau titisan air hujan di luar rumah, Maka mengunakan Botol Mineral yang tidak diguna pakai dan dipotong pada kedua belahnya sebagai penutup, mampu mengelakkannya dari tidak menyala dengan baik. Dengan cara demikian ianya boleh mengurangkan perbelanjaan dan tenaga untuk pengantian yang baru..
No comments:
Post a Comment